seminar kebangsaan perpustakaan akademik (skpa 2020)

Masyarakat Membaca: Peranan Siapa?

Mengenai seminar

Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2020 ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik, Persatuan Pustakawan Malaysia dengan kerjasama Multimedia Universiti, Cyberjaya bagi memperkenalkan dan meningkatkan kesedaran konsep sasaran pembangunan lestari atau SDG kepada semua lapisan pegawai Perpustakaan, Pensyarah, Penyelidik dan Pelajar IPT.

objektif seminar

1. Menyampaikan maklumat mengenai peranan Professional Maklumat dalam mencapai Malaysia Negara Membaca 2030

2. Menyokong Matlamat SDG iaitu memastikan pendidikan yang inklusif dan saksama serta mempromosikan peluang pembelajaran sepanjang hayat

3. Menyediakan platform pembentangan kertas kerja kepada ahli akademik/ bukan akademik dan industri untuk berkongsi hasil penyelidikan, amalan terbaik dan pengalaman industri; dan

4. Memberi peluang kepada pihak pembekal mempromosi produk/ perkhidmatan kepada pelanggan yang berpotensi tinggi.

untuk siapa?

 
  1. Ahli Akademik
  2. Pelajar IPTA
  3. Pustakawan
  4. Penolong Pustakawan
  5. Pembantu Pustakawan
  6. Sesiapa yang berminat dalam bidang perkhidmatan maklumat

topik kertas kerja seminar

1. Dekad Membaca Kebangsaan:
– Peranan Institusi Pendidikan
– Read@Uni
– Projek NILAM

2. Pembacaan Sepanjang Hayat
– Hidup untuk membaca, membaca untuk kehidupan
– Melestarikan kehidupan melalui pembacaan.

3. Tren Pembacaan dan Penulisan Milenium
– Penulisan Indie
– Travelog
– Vlog

4. Kreativiti dan Inovasi dalam Pembacaan
– Bakat, Ilmu dan Pembacaan
– Speed Reading

5. Maklumat Sahih atau Palsu: Peranan Siapa?
– Jenayah Siber
– Media Sosial
– Kuasa Maklumat Tular – Baik atau Buruk